Pian Cecupak Menipu, Kenyataan Bakal Kahwin Dengan Model

Aida menunjukan kenyataan palsu Pian Cecupak kepada media minggu lalu
Selepas isu beliau berang dengan seorang penulis blog hiburan tempatan kerana isu kolagen, kini beliau khabarnya syok sendiri dengan dakwaan kononya merancang akan berkahwin dengan seorang model sambilan. Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak, ialah insan yang kami perkatakan, sejak minggu lepas lagi, Pian Cecupak melalui sebuah akhbar berkata, beliau kini sedang merancang untuk menamatkan zaman dudanya bersama Aida Hazira Ahmad Razman dan ia katanya merupakan perkahwinan kali ketiganya. Namun melalui wartawan Harian Metro, Aida Hazira Ahmad Razman, 23, muncul memberi kenyataan dan mengikut katanya, beliau kesal dengan kenyataan dan tindakan melulu Pian Cecupak yang mengatakan akan berkahwin dengannya kepada media dan sedangkan semua itu tidak benar sama sekali. Aida Hazira kepada media, banyak kali, menafikan sekeras kerasnya dakwaan Pian Cecupak tersebut dan tidak menyangka hubungan baik antara beliau dan Pian telah di salah anggap oleh Pian sendiri. Beliau juga merasakan ianya adalah publisiti murahan yang sengaja diadakan oleh Pian sendiri. Berikut kenyataan Aida kepada media. Kredit Harian Metro.

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin. “Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan,”
“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu,”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply