Video Datuk Siti Nurhaliza Berbahasa Inggeris Di NTV7

Terbaru, selepas sahaja beliau melancarkan Album Inggeris terbarunya All In Love, beberapa minggu lepas, Beliau baru-baru ini di temubual secara langsung / live di salah sebuah rancangan Talk Show iaitu Bella di NTV 7 yang menumpukan perbincangan pengeluaran Album Inggeris terbarunya itu. Rancangan yang menggunakan sepenuhnya penguasaan bahasa inggeris tersebut, pastinya memberi cabaran kepada beliau untuk bertutur dalam bahasa antarabangsa tersebut, apatah lagi, komposer albumnya, Bryan Bouro dan Chris Patton selaku produser albumnya ada dalam temubual tersebut. Namun, apa yang kami lihat,  Datuk Siti semakin berani berbicara dalam bahasa inggeris dan tidak kaku. Kefahaman bahasa inggeris beliau juga kelihatan lebih meningkat berbanding dulu. Apa pun, tahniah kerana mencuba dan kami harap, belau akan semakin pandai berbahasa inggeris selepas sahaja tamat pengajian Diploma yang akan beliau ambil tidak lama lagi. Berikut video yang kami maksudkan.

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply