Yana Samsudin Alami Tekanan Paru-Paru

Yana ketika menyambut Hari Jadinya September lepas
Yana Samsudin khabarnya memberitahu, bahawa dia telah mengalami tekanan pada bahagian paru-parunya akibat kekurangan oksigen semasa mendaki Gunung Kinabalu, Sabah untuk penggambaran drama Hatiku Di Kinabalu. Katanya, kejadian berlaku, mungkin disebabkan dia tidak membuat persediaan rapi untuk mendaki gunung tersebut. Bagaimanapun kata Yana, memikirkan krew penggambaran telah sedia menunggunya di puncak gunung dia menggagahkan diri juga, untuk meneruskan perjalanan selepas diberi bantuan oksigen dan di dapati keadaannya selamat. Tidak serik dengan kejadian berlaku, Yana memberitahu dia berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu sekali lagi jika berpeluang di masa hadapan. Untuk makluman Drama bertajuk 'Hatiku Di Kinabalu' menjalani penggambaran selama 10 hari, dan turut dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Irma Hasmie. Berikut antara penjelasanya ketika di temui media dan gambar dari blognya ketika beliau mendaki Gunung Kinabalu.
"Semasa memulakan penggambaran saya tidak sempat untuk membuat persiapan kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni yang masih belum selesai.
"Saya cuma sempat melakukan senaman ringan beberapa hari sebelum itu. Akibatnya saya mengalami kekejangan pada paru-paru kerana kekurangan oksigen semasa mendaki,"
"Pada awalnya selepas apa yang terjadi saya serik untuk mendaki gunung lagi tetapi selepas berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan, perasaan untuk mendaki lagi semakin menebal,"


Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply