Video Klip Falling In Love Bocor Lagi ?
Sebelum ini khabarnya, video klip terbaru Falling In Love Datuk Siti Nurhaliza telah tersebar ke internet, namun telah di tarik balik penyiaranya oleh pemilik hakipta. Namun, semalam, video klip tersebut sekali lagi kelihatan dalam versi penuh di YouTube hasil muat naik seorang individu dan bukan dari akaun YouTube rasmi Datuk Siti iaitu Siti Digital. Kami tertanya-tanya, adakah ia merupakan pelancaran rasmi untuk video klip tersebut atau ada yang tlah membocorkannya sekali lagi. Apa pun, tunggu penjelasan pihak produksi video klip tersebut. Layankan video klip tersebut di bawah.
0 comments