Zizan Razak Dapat Tawaran Berlakon Dari Produksi Jepun

Belum pun filem lakonannya dengan syarikat produksi Jepun, Sedic Entertainment ditayangkan, khabarnya, Mohd Razizan Abdul Razak atau lebih d kenali dengan Zizan Raja Lawa di katakan telah menerima tawaran untuk berlakon di negara matahari terbit itu. Menurut Zizan, selepas dia selesai menjalani penggambaran sebuah filem terbitan syarikat itu yang turut dilakonkan oleh pelakon Jepun bernama Kitano Kii, penerbit daripada syarikat itu terus menawarkannya untuk berlakon di sana. Kata beliau lagi, semuanya tercetus selepas penerbit syarikat tersebut menonton filem KL Gangster yang dilakonkan olehnya bersama Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra dan Sofi Jikan. Berikut ulasan Zizan dan Sinopsis flem tersebut.
Gambar Zizan dan Yukari pelakon Jepun
Sinopsis
Filem Jepun tersebut mengisahkan Yukari (Kitano Kii) yang merupakan guru bahasa Jepun yang telah berhijrah ke Malaysia. Bagaimanapun, dia telah berpura-pura mencintai Cikgu Rahman (Zizan) kerana sudah mempunyai teman lelaki. Bagi menunjukkan yang mereka sedang bercinta, Yukari menjadikan Cikgu Rahman sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain.

Ulasan Zizan
“Memang mereka ada memberitahu untuk membawa saya berlakon di Jepun lagi selepas ini tetapi semuanya belum mempunyai keputusan.
“Terus-terang, saya selesa bekerjasama dengan syarikat produksi ini dan tidak salah untuk meneruskan perhubungan dengan mereka untuk bekerjasama sekali lagi selepas ini,” 
“Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam filem “KL Gangster” dan seterusnya melamar saya untuk berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan China itu.
“Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan ditayangkan di negara ini, Jepun dan China,”

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply