Baru sahaja pagi tadi heboh mengenai
Fauzi Nawawi yang di gosipkan mempunyai kekasih gelap berikutan tersebarnya BBM perbualan beliau dengan gadis misteri seperti yang di gosipkan rakan media Roti Kaya, terbaru lagi, sebentar tadi rakan media Gua pula berjaya menemubual Fauzi dan menayakan perkara yang sebenar.. Fauzi dalam nada terkejut katanya dengan laporan tersebut menafikan kontroversi yang di perkatakan. Malah Fauzi dalam nada tegas katanya, akan membuat laporan polis berikutan fitnah yang di lemparkan. Fauzi tambahnya mengatakan, perkara ini mungkin kerana ada individu yang membenci beliau. Fauzi juga dalam katanya berkata, dia tidak pernah membahasakan Lisdawati dengan nama Kak Lis namun beliau membahasakan isterinya hanya dengan panggilan Lis atau Ayang. Fauzi juga mengatakan isterinya hanya tergelak apabila melihat gosip yang tersebar di internet tersebut. Beliau juga mengatakan dia dan isteri hidup bahagia dan tidak mungkin dia akan menceritaka kisah rumahtangganya kepada umum. Dalam kata akhir Fauzi, beliau menganggap ia sebagai dugaan, namun beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman laman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada beliau. Habislah Roti Kaya... hehehe... Berikut ulasan Fauzi kepada media Gua. Kredit Gua.com.my
“Saya akan buat laporan polis!”
“Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.”
“Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis ‘Kak lis’. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja,” ujar Fauzi yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie ‘Sebelum Lima Perkara’.
“Saya tak pernah kongsi masalah rumahtangga saya dengan ibu atau ibu mertua saya. Inikan pula saya nak cerita kepada orang luar mengenai hal rumahtangga saya. Saya ingin tegaskan bahawa rumahtangga saya dengan Lisdawati bahagia.
“Saya anggap ini semua dugaan. Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya.”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments