Gambar Majlis Perkahwinan Elliza AF3 & Joe


Ramai juga yang bernikah pada tarikh 11.11.11, antaranya ialah majlis perkahwinan Elliza Razak dan kekasihnya yang juga pengurusnya, Khairul Adzwan (Joe) ini. Pelakon dan bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3), Elliza Abdul Razak, 27, telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Khairul Adzwan Nasir, atau Joe, 24 di kediamannya di Taman Aman Siara, Selayang. Elliza diwalikan oleh bapanya, Abdul Razak Shafie. Beliau sah bergelar isteri kepada Joe tepat jam 9.45 malam dengan sekali lafaz. Di majlis perkahwinannya juga, Elliza menerima hantaran RM11,111 berserta mas kahwin berjumlah RM1,111. Pasangan pengantin yang kacak dan jelita ini kelihatan menggayakan persalinan sedondon rona kelabu. Kedua-dua belah pihak berbalas dulang hantaran sebanyak 7 daripada pengantin lelaki dan 9 perempuan. Majlis yang agak sederhana itu tidak ketinggalan dihadiri ramai rakan artis. Antara yang kelihatan ialah Marsha Milan Londoh, Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar, Akma Abdullah (AF3) serta penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleeya Syed Zainal Rashid dan suaminya, Muhamad Ashraf Aasimudin (Ashraf). Antara barangan hantaran diterima pasangan merpati dua sejoli itu seperti al-Quran dan tasbih, sirih junjung, set penjagaan kulit Hugo Boss, buah-buahan, coklat, minuman kesihatan, set wangian, beg tangan jenama Louis Vuitton serta set barangan lelaki. Elliza yang ditemui selepas majlis itu berkata, dia bersyukur kerana impian bergelar isteri menjadi kenyataan dan majlis berjalan lancar seperti dirancang. Katanya, dia dan suami memang memilih majlis perkahwinan yang sederhana. Berikut ulasan beliau dan gambar di Majlis perkahwinanya.
“Apa yang penting, perkara wajib sudah selamat dilakukan.

“Pemilihan tarikh 11 November, untuk mengabadikan detik terindah dalam hidup kami kerana ia bersempena tarikh ulang tahun Joe yang ke-24 dan satu adalah nombor kesukaannya.

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply