Zarina Anjoulie Hairan Melihat Rakyat Malaysia Melatah Isu Gambar Seksinya

Terbaru, rakan media kami Roti Kaya ada menemubual  Zarina Anjoulie untuk menanyakan isu gambar berkontroversi beliau yang tersebar luas di internet minggu lalu. Zarina Anjoulie atanya sudah menjangka perkara ini akan berlaku. Menurut aktress muda ini, beliau sendiri tidak faham kenapa rakyat Malaysia perlu melenting dan melatah dengan gambar beliau dalam FHM Indonesia sedangkan sebelum ini sudah ada isu yang lebih besar dari isu gambar seksi beliau di FHM Indonesia. Kata Zarina Anjoulie, pada awalnya majalah sensasi Indonesia itu meminta beliau untuk beraksi dengan hanya memakai sepasang bikini. Namun atas dasar prinsip dan tidak mahu semua itu menjadi isu yang lebih besar, Zarina Anjoulie menolak tawaran awal tersebut dan sekali lagi FHM Indonesia kembali hubungi beliau dengan tawaran baru iaitu dengan pakaian seksi yang tersebar di internet tersebut. Manakala mengenai saiz payudara beliau, beliau menafikan menggunakan sebarang suntikan dan mengenai Tweet beliau di twitter pada malam Anugerah Skrin 2011 bukanlah di tujukan kepada Rozita Che Wan. Berikut beberapa komen beliau ketika di temui, juga koleksi gambar beliau. Kredit Rotikaya.com

“Industri hiburan Indonesia tidak seperti kita di sini, yang ambil gambar untuk majalah sebegini pun mereka akan bayar lumayan. Kalau tidak kenapa Ashraf Sinclair sanggup tinggalkan Malaysia?”
“Lagi pun, untuk berlaku jujur dengan sesiapa pun, ini saya cakap terus dari hati, siapalah artis tanpa kontroversi,”
“Lagi satu, kenapa saiz payudara saya di perbesar besarkan sehingga ada yang berkata saya lakukan suntikan, padahal sebenarnya badan saya agak berisi ketika photoshoot FHM itu di adakan, dan berat saya ialah 62kg!”
“Bercakap tentang payudara, saya ambil peluang ini untuk jernihkan keadaan dan Tweet saya pada malam Anugerah Skrin 2011 bukan saya tujukan untuk Rozita Che Wan. Tidak sesekali,” 
“Saya kurang berpuas hati dengan penulis penulis blog yang berkata saya perli Rozita Che Wan dengan menulis Tweet sedemikian, ini kerana ayat tersebut keluar kerana gurauan bersama rakan-rakan saya”
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply