Gambar Majlis Pernikahan & Resepsi Syella Kamaruddin & VVIP Misteri

Nama Syella Kamaruddin yang pernah popular dikalangan peminat hiburan tanah air dengan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’ khabarnya telah diijakabulkan dengan seorang VVIP yang di rahsiakan nama dan identitinya dalam sebuah majlis tertutup, 11.11.11 Jumaat lepas. Khabarnya beliau yang dahulu hanya menjual nasi lemak, kini telah berubah sekelip mata dengan pelbagai kemewahan yang di perolehi. Syella Kamaruddin di khbarkan menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara selain itu, beliau juga di khabarkan menerima sebuah kereta Mini Cooper . Dan kami di fahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin  menelan belanja hampir RM15 juta mengatasi majlis perkahwinan Norman dan Memey yang hanya menelan belanja RM12 juta (itu pun orang taja). Di khabarkan juga, busana perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat dan di fahamkan busananya sahaja bernilai RM60,000. Dan semua kos ini ditanggung Syella dan suaminya sendiri. Khabarnya, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Dalam temubual beberapa rakan media ingin memastikan kesahihan cerita ini, Syella yang di hubungi mengiakan semuanya namun memperbetulkan sedikit kesilapan di mana beliau menerima sebuah kereta Audi R8 bernilai RM800k bukan Mini Cooper seperti yang di gembar-gemburkan, kerana kata beliau, Mini Cooper itu hanya kenderaan sementara menunggu Audi R8 yang masih belum sampai di Malaysia. Beliau juga berkata, Majlis resepsi yang diadakan selama 3 hari bermula 11-13 November 2011 itu turut meraikan perkahwinan 2 orang adiknya dan dihadiri oleh 1300 tetamu itu yang rata-ratanya adalah ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan. Syella juga berkata, bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup. Berikut beberapa gambar semasa hari pernikahan dan persandingan beliau.
Jejaka yang di katakan merupakan suami Syella
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply