David Teo Bina Studio Filem Berdekatan KRU Studio?

Wah, banyak untung boleh bukak itu studio lah... hehe.. Khabarnya David Teo akan membina sebuah Studio Filem di atas sebidang tanah di Cyberjaya yang baru di belinya baru-baru ini dengan nilai puluhan juta. Pembinaan studio tersebut akan di jalankan pada tahun depan tak silap kami. Namun, ketika beliau di tanya hal berkenaan, David selaku Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) enggan mengulas lanjut perkara itu kerana segala urusan yang berkaitan masih berada pada peringkat awal. Tak silap kami, KRU Studio juga berada di Cyberjaya, mahu lawan itu KRU ka David? hehe.. apa pun, David dengan pantas menafikanya dan menyatakan, sebagai usahawan, pembinaan studio ini adalah untuk perkembangan perniagaannya dan bukan untuk menyaingi KRU. Berikut ulasan beliau ketika di hubungi rakan media.

"Saya tidak menafikan sudah membeli sebidang tanah di Cyberjaya yang bernilai puluhan juta ringgit untuk perancangan membina sebuah studio filem sendiri.
"Bagaimanapun, semuanya masih terlalu awal dan belum ada apa-apa keputusan lagi tentang projek itu buat masa ini.
"Yang baru selesai hanya pembelian tanah tetapi urusan lain yang membabitkan pihak-pihak lain masih dalam perbincangan,"
Tambahnya, memandangkan segalanya masih terlalu awal, dia belum mendapat gambaran khusus dan belum bersedia untuk berkongsi dengan terperinci akan butiran projek itu kepada umum.
"Saya cuma baru beli tanah dan belum ada idea atau gambaran yang lebih terperinci tentang dakwaan untuk membina studio filem itu.
"Bukan tidak mahu berkongsi tetapi masih terlalu awal. Saya mohon diberikan sedikit masa untuk uruskan beberapa perkara dulu sebelum menghebahkan perancangan ini kepada umum," 
"Saya beli tanah itu untuk kemajuan perniagaan filem saya. Ia sama sekali tidak berniat untuk bersaing atau cuba mengatasi operasi KRU Studios atau sesiapa pun.
"Sebagai orang berniaga, saya buat perancangan ini untuk perkembangan perniagaan sendiri,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply