Gambar Marion Caunter Yang Sedang Mengandung Ogos 2011

Pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 31 yang telah bernikah dengan SM Nasarudin SM Nasimuddin, 27, pada 17 Disember 2010 lalu di khabarkan telah hamil 5 bulan. Dan terbaru, pihak Mymetro membuat sesi temubual bersamanya, menceritakan perasaanya selepas di sahkan hamil dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Berikut cerita beliau. Oh yer, kepada peminat beliau, temubual eksklusif dengan beliau, berhubung kisah kehamilannya itu, akan ditayangkan menerusi episod khas E! News pada Ahad (28 Ogos) ini, jam 9.40 malam di E! Entertainment (Astro Channel 712).
“Saya berasa seronok setiap kali melihat wanita mengandung melintas di depan saya. Disebabkan itu, sebaik saja berkahwin saya terus mahukan zuriat. Saat ini sememangnya saya idamkan sebagai seorang wanita.
“Saya dan Nasa (suami) sudah lama bercinta. Bertuah dirasakan kerana dalam tempoh lima tahun kenal dan bercinta, kami berpeluang mengenali antara satu sama lain.
“Apabila berkahwin, kami terus buat keputusan untuk segera timang anak,”
“Kalau minum pun, saya selalu ambil minuman isotonik saja kerana ia ada sedikit garam. Biasanya orang mengandung akan ‘morning sickness’, sebaliknya saya kena pagi, siang, petang dan malam. Asyik muntah-muntah saja. Sampaikan satu ketika saya menjadi sangat lemah dan tidak bermaya sehingga disarankan berehat oleh doktor.
“Tiga bulan pertama mengandung saya jarang muncul di E! News kerana keadaan kesihatan membuatkan saya tidak berkemampuan untuk berjalan jauh. Sebagaimana diketahui umum rakaman program E! News berpangkalan di Singapura.
“Mujurlah pihak E! News memahami dan sewaktu berbincang masalah saya, mereka terus memberikan cuti. Disebabkan itu kebelakangan ini saya jarang muncul di E! News buat sementara.
“Bagi seorang yang aktif seperti saya, duduk di rumah tanpa bekerja atau keluar bercuti mula membuatkan saya rasa tertekan. Namun sebaik saja kandungan masuk usia empat bulan keadaan kembali normal.
“Selera juga bertukar daripada tidak boleh makan sekarang semua benda saya teringin nak makan! Pagi tadi tiba-tiba tekak saya terasa seperti mahu makan Blueberry Waffle,”
“Saya berada di Singapura ketika itu bagi menjalani rakaman program E! News. Saya rasa aneh sebab lewat datang bulan lalu ke farmasi membeli alat ujian kehamilan.
“Ujian pertama positif mengandung bagaimanapun saya sengaja membuat ujian itu sebanyak empat kali untuk memastikan keputusan itu benar-benar tepat. Keempat-empatnya menunjukkan tanda positif.
“Saya kemudian menghubungi Nasa dan dia menyambut perkhabaran itu dengan rasa cukup gembira. Sebelah malam dia menghubungi saya semula dan meluahkan lagi rasa gembira yang tidak terkata,”
“Nasa mula mengehadkan urusan perniagaannya di luar negara untuk menemani saya selalu dan ia satu perkara cukup manis daripada seorang suami. Maklumlah, dalam keadaan begini wanita selalunya mahukan perhatian yang lebih daripada suami. Saya tidak pernah memaksa Nasa berbuat demikian kerana memahami kesibukannya dengan urusan perniagaan. Inilah detik bahagia buat kami berdua,”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply