Gambar Pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah

Seperti yang semua sedia maklum, semalam merupakan hari peernikahan artis kita Faezah Elai, 29 dengan pengarah drama Asmara Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, di sini, kira-kira pukul 3.00 petang. Faezah Elai sah menjadi isteri kepada Heykal Hanafiah dengan sekali lafaz sahaja. Khabarnya, mereka dinikahkan oleh jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai dengan mas kahwin RM1,001. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Ibu bapa kedua-dua pengantin menyaksikan upacara mendirikan masjid tersebut. Faezah menerima 9 dulang hantaran seperti, set barangan kemas bertatah berlian “Hearts On Fire” daripada Habib Jewels, jam tangan Tag Heuer, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran Digital dan telekung, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita Forest’Secret, manakala Heykal mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, digital Al-Quran, jam tangan Tag Heuer, beg tangan, barangan penjagaan lelaki Forest’Secret, rantai, dompet Mont Blanc, buah, cupcake, sirih junjung, cincin dan kemera Nikon DX. Pada majlis tersebut, Faezah mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, sementara pelaminnya ditaja oleh Putree Bridel. Dan seperti yang semua tahu, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember 2011 di Dewan Banquet Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung, Sungai Ara, Pulau Pinang dan pada 4 Disember 2011, mereka akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu. Berikut antara gambar waktu-waktu pernikahan mereka.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.