Gambar & Video Sari Yanti Sarat Hamil

Semalam, rakan media kami Roti Kaya dan Oh Bulan menghadiri sidang media untuk konsert sempena 25 tahun Ruth Sahanaya. Kebetulan dalam kehadiran itu, kelibat pelakon cantik manis yang pernah popular dalam Drama Kisah Kaisara iaitu Sari Yanti kelihatan. Kehadiranya dalam majlis tersebut, mungkin kerana meminati Ruth Sahanaya seorang lagenda dan diva Indonesia yang terkenal ini. Khabarnya, Sari Yanti dalam  waktu menunggu untuk melahirkan anak lelaki yang di kandungkanya itu. Sari yanti yang di temani suminya Mohd Eddy Casmady Che Hussein manis dengan senyum lebarnya. Dalam pada itu, Sari Yanti yang juga kepada ibu Barr Al-Aliy berusia setahun dua bulan itu berkata, sepanjang beliau hamil, beliau terpaksa menolak tawaran lakonan kerana mementingkan kesihatan kandunganya, namun terpaksa berlakon setelah terikat dengan kontrak dalam drama bersiri Suria Di Cordoba sepanjang kandunganya 3 ke 5 bulan. Berikut ulasan, gambar dan videonya.
“Bila-bila masa sahaja saya akan melahirkan anak kedua ini,”

“Pada awalnya ramai yang tak tahu saya mengandung. Banyak juga tawaran lakonan yang datang ketika itu, namun saya terpaksa tolak demi mengutamakan kandungan. Bagaimanapun, ada satu tawaran lakonan yang saya perlu jalankan kerana sudah pun terikat dengan kontrak. Kalau tak silap, ketika saya hamil sekitar 1-3 bulan,”

“Di awal kehamilan, seperti kebanyakan kaum ibu yang lain, saya turut mengalami rasa mual dan tidak sedap badan. Namun, lama-kelamaan ia kembali seperti normal. Oh ya, bayi dalam kandungan ini jantinanya lelaki,”

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 comments

  1. woww.. Betul betul cantik Body Sari Yanti..Body Idaman Lelaki

  2. bisa kirim ulang gambar? gambar error

Leave a Reply