Irma Tidak Akan Hadir Majlis Nikah Nabil

Irma ketika menghadiri satu Majlis Cukur Jambul ketika beliau baru hendak berubah imej suatu ketika dahulu.
Terbaru, Irma Hasmie, 29, yang merupakan bekas kekasih Nabil Raja Lawak, 28,  khabarnya  tidak akan hadir ke Majlis Pernikahan Nabil dan Nazirah pada 30 September 2011 ini, namun beliau mendoakan yang terbaik untuk Nabil. Irma katanya tidak hadir kerana merasakan tidak manis sekiranya beliau hadir, kerana bimbang berlaku salah faham dengan oihak lain. Dan beliau juga tidak mahu merosakan majlis bekas kekasihnya itu. Irma juga dalam temubual dengan media, mengaku yang beliau belum masih mempunyai teman istimewa dan sekarang masih mencari yang sesuai untuk di jadikan suami, berikutan umur beliau sudah pun menghampiri 30 an. Berikut antara ulasan Irma ketika di temui.

"Saya tetap doakan yang terbaik untuk Nabil,"
"Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.
"Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.
"Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun,"
"Bila kita dah tahu banyak benda mengenai ilmu agama, saya sudah mula faham apa yang kita perlu dan ingini dalam hidup ini. Perkahwinan merupakan satu fitrah dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga punya keinginan untuk berkahwin.
"Saya akui kini saya sedang mencari calon suami dan bukan kekasi hati. Usia saya pun dah semakin meningkat dan saya perlu memikirkan mengenai pasangan hidup,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply