Isu Hantu Bonceng Dan Ustaz Nasrudin Tantawi

Baru-baru ini satu pertemuan di antara Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nasrudin Hassan, dengan penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng iaitu Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah di adakan, pertemuan adalah kerana ingin membincangkan isu yang di perkatakan oleh media sebelum ini. Hasil dari pertemuan tersebut, pihak Dewan Pemuda PAS dan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat, setelah semuanya berpuas hati dengan penjelasan yang di beri dan menyelesaikan masalah tersebut dengan suasana yang mesra. Ahmad Idham ketika di temui merasakan pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ianya juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima setiap cadangan, sekaligus memperbaiki penghasilan filem yang akan datang dan dapat memberi nilai baik kepada industri perfileman tempatan, amnya.Ustaz Nasrudin  yang di temui, menegaskan bahawa, mereka (Dewan Pemuda) sentiasa bersedia menyokong filem dan industri ini, sekiranya ia boleh membawa mesej yang baik kepada masyarakat umum. Ahmad Idham juga dalam itu berkesempatan memberi penerangan kepada Dewan Pemuda berkaitan pergerakan industri perfileman tempatan, sekaligus mencuit minat Dewan Pemuda PAS dalam bidang perfileman. Kedua-dua pihak juga memohon agar isu berkaitan filem Hantu Bonceng tidak lagi diperbesar atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ia telah diselesaikan dalam pertemuan tersebut. Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad. Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap. Berikut antara ulasan Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap sebelum ini.

“Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,”
“LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.
“Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga,”
 
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply