Nabil Raja Lawak & Kekasih Nazirah Ayub Nikah September 2011

Gambar Nabil dan Kekasih Nazirah
Selepas perpisahan Nabil Raja Lawak dan kekasih lamanya, Irma Hasmie, pelbagai gosip di lontarkan kepada pelawak ini. Kini, beliau muncul kehadapan meda menyatakan hasrat beliau untuk berkahwin pada September 2011 ini. Pecaya atau tidak, itulah keputusan Ahmad Nabil Ahmad, 28, atau lebih di kenali dengan Nabil Raja Lawak. Beliau di katakan akan mengikat tali pernikahan dengan seorang bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak 6 tahun lalu. Tambahnya lagi, kerana kecundang dalam percintaan lamanya itu, beliau membuat keputusan untuk segera bernikah agar kejadian lama tidak berulang kembali. Apa pun, Tahniah kami ucapkan. Berikut ulasan Nabil ketika di temui.
"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply