Baju Nikah Memey Di Reka Oleh Ezuwan Ismail

Untuk pengetahuan umum, Memey Suhaiza, akan bernikah pada 24 September 2011 ini bersama pasanganya Norman Hakim. Untuk makluman anda juga, pereka bagi baju majlis resepsi beliau seperti sedia maklum ialah Hatta Dolmat, manakala, bagi baju akad nikah beliau, Ezuwan Ismail di pilih sebagai perekanya. Ketika di temui, Ezuwan menyatakan, dia telah menyiapkan 2 lakaran, rekaan khas untuk baju akad nikah tersebut, namun belum ada pilihan dari pihak pengantin. Mengikut kata Ezuwan, Memey menginginkan fantasi bagi dirinya, agar dirinya di lihat seperti permaisuri jelita dihari akad nikah tersebut, oleh itu Ezuwan mereka 2 rekaan berbeza, di mana, rekaan pertama bertemakan English Modern dan rekaan kedua berteraskan Tradisional Melayu. Walaubagaimanapun, Memey masih belum membuat mana-mana pilihan. Ezuwan juga di katakan, akan membuat baju pernikahan teluk belanga untuk Norman Hakim sekali, ia berikutan Norman Hakim telah memberi kepercayaan kepadanya. Berikut ulasan Ezuwan dan gambar lakaran bahu rekaannya.
"Sememangnya Memey sering menggayakan pakaian rekaan saya dan saya agak terharu apabila dia telah meminta saya untuk mereka pakaian di majlis pernikahannya nanti.
"Tak sangka pula, perkahwinan mereka nanti khabarnya akan berlangsung secara besar-besaran kerana pada awalnya, mereka hanya merancang untuk melangsungkan secara bersederhana. Itu yang membuatkan saya lebih teruja,"
"Istimewanya untuk persalinan English Modern ini, saya menggunakan rekaan baju kurung sebagai ilham yang diserikan dengan kehadiran kuntuman bunga ros yang akan dihiasi secara melata di atas persalinan itu nanti.
"Manakala konsep kedua yang bertemakan Tradisional Melayu, juga turut menggunakan tema bunga-bungaan, cuma beza dari segi rekaannya yang dihiasi dengan labuci. Kedua-dua pakaian itu nanti, Memey akan menggayakannya bersama selendang chifon,"

Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply