Gambar Nurul Huda Berkemban Di Depan Masjid

Lihat sahaja gambar di atas, betul tak tajuk kami dengan gambar di atas. Walaupun ianya sekadar satu gambar manipulasi yang menggunakan teknik photoshop, namun seharusnya, pihak pengeluar iklan tidak seharusnya meletakkan gambar Nurul Huda Abdul Wahab, 33 atau di kenali dengan Nurul yang sedang berkemban di hadapan sebuah Masjid. Jelas sekali, pihak pengeluar iklan memperlekehkan isu-isu sensitiviti agama, yang boleh mendatangkan kemarahan di kalangan orang Islam. Kami amat berharap iklan ini seharusnya di banned, dan pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan. Penggunaan Nurul yang merupakan seorang ibu tunggal di dada iklan ini, mungkin menyebabkan nama baik beliau terjejas. Apatah lagi, iklan ini di gunakan untuk memperomosi produk sempena Hari Raya Aidlfitri, dan semestinya di tayangkan sepanjang Ramadhan yang mulia. Jadi tidak seharusnya Ramadhan ini di jejaskan dengan iklan sebegini rupa. Kami di fahamkan iklan ini adalah untuk mempromosi sebuah syarikat pelangsingan badan iaitu produk produk Glow and Glamour dan nurul merupakan duta bagi produk tersebut sejak 16 Disember 2010 lagi. Entri kami bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, namun kami sebagai umat islam, amat mengambil berat isu-isu sebegini.
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply