“Sudah lebih 6 bulan saya berkenalan dengan wanita itu. Alhamdullilah, saya rasa sangat ‘ngam’ & selesa dengan dia. Dia bukanlah selebriti atau orang yang terlibat dengan industri hiburan. Memang dia terlibat daripada dunia lain. Pengajaran bercinta dengan selebriti banyak membuatkan saya lebih berhati-hati. Kini, saya lebih suka andai kata orang tidak kenal bakal isteri saya. Biarlah ia menjadi rahsia sehingga satu hari nanti,”
“Kini saya sudah berusia 27 tahun & bersedia untuk berkahwin. Kalau ada jodoh, saya memang nak kahwin cepat-cepat. Sekarang, setiap hari saya berdoa supaya hasrat untuk berkahwin tercapai,”
Syamsul Yusof Nak Kahwin Secepat Mungkin
Siapa tak kenal dengan Syamsul Yusof, pengarah filem KL Gangster yang sedang popular berikutan filem tersebut berjaya merangkul kutipan lebih dari 11 juta. Syamsul yang pernah bercinta dengan Diana Daniel dan Liyana Jasmay, namun cintanya itu tidak kekal lama, sekarang beliau dengar khabarnya dah ada pengganti baru, namun beliau masih mengenal hati budi masing-masing. Walaupun begitu, beliau berhasrat, ingin menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin. Berikut antara ceritanya semasa di temui di Finas, berikutan pemberian bonus untuk staff dan majlis berbuka puasa bersama.
0 comments